Wednesday 14 November 2012

KATA BILANGAN



Kata Bilangan
1.     Perkataan yang digunakan untuk menyatakan banyak atua bilangan sesuatu.

   2. Kata bilangan ada tujuh jenis, iaitu:

Jenis Kata Bilangan
Contohnya
Kata Bilangan Tentu
satu, dua, tiga dan seterusnya...

Kata Bilangan Tak Tentu
- Menunjukkan bilangan yang tidak tentu.
beberapa, segala, seluruh, sekalian, setengah-setengah dan sebagainya.
* Segala maklumat akan dikumpulkan.

Kata Bilangan Pecahan
suku, setengah, separuh, tiga suku,sepertiga, seratus-peratus dan sebagainya
* Hanya sepertiga ibu bapa murid Tahun 6 yang hadir ke majlis itu.

Kata Bilangan Pisahan
Masing-masing, setiap dan tiap-tiap
* Setiap orang dikehendaki membayar yuran sekolah dengan segera

Kata Bilangan Himpunan
- Menunjukkan bilangan yang tertentu.
- Boleh diikuti dengan penjodoh bilangan.
- Menunjukkan sesuatu bilangan secara himpunan
kedua-dua, ketiga-tiga, berpuluh-puluh, bermingu-minggu, berbulan-bulan, ribuan, dan sebagainya.
* Kedua-dua ekor kambing itu akan disembelih raya nanti.
* Kebun Pak Abu menghasilkan berbakul-bakul durian setiap tahun.

Kata Bilangan Tingkat
- Menunjukkan giliran atau urutan dalam sesuatu jumlah.
pertama, kedua, ketiga dan seterusnya
* Abu mendapat tempat ketiga sahaja dalam peraduan melukis.
Kata Bilangan Tanya
berapa
* Berapa baki duit kamu?


No comments:

Post a Comment