Wednesday 14 November 2012

KATA HUBUNG




KATA HUBUNG
1. Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabung perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat.

2. Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu;
(a) kata hubung gabungan.
(b) kata hubung pancangan.
(c) kata hubung berpasangan.


3.Contoh kata hubung tunggal dan kata hubung berpasangan/gabungan serta penggunaannya adalah seperti yang berikut:

Kata Hubung Gabungan / Pancangan

Contoh
Ayat Contoh
agar
Saya berharap agar kamu dapat menghubungi dia segera.
apabila
Mukanya pucat apabila disoal.
atau
Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana.
bahawa
Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar.
dan
Leela dan kawannya berbual hingga larut malam.
hingga
Ayah dan kawannya berbual hingga larut malam.
Jika
Saya berpayung jika hujan.
Jikalau
Jikalau saya kaya, saya akan membina rumah kebajikan.
kecuali
Semua murid Nadir kecuali Gopal.
kerana
Aini menangis kerana terlalu sedih.
lalu
Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon.
manakala
Baju Karim bersih manakala baju adiknya kotor.
sambil
Zalifah bernyanyi sambil menari.
serta
Zahid serta abangnya menonton wayang.
semenjak
Saya berkawan dengannya semenjak kecil.
sementara
Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat.
sungguhpun
Sungguhpun buta, orang itu mampu berdikari.
supaya
Belajarlah bersungguh-sungguh supaya pandai.
walaupun
Walaupun letih, diselesaikannya juga kerja itu.
tetapi
Badannya besar tetapi penakut.


Kata Hubung Berpasangan

Contoh
Ayat Contoh
Baik.. mahupun
Baik lelaki mahupun perempuan sama-sama bergotong-royong membersihkan balai raya itu.
Baik.. baik
Baik Daud baik adiknya sama-sama pintar.
bukan sahaja.. malah
Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.
Entah.. entah
Jangan lekas percaya akan janjinya, entah betul entah tidak.
Jangan.. pun
Jangankan sepulluh ringgit, seringgit pun dia tidak ada.
Kian.. kian
Kian lama kian banyak orang yang ke sana.
Sama ada.. ataupun
Guru Besar meminta sama ada bapa ataupun ibu murid hadir ke sekolah.
sedangkan.. inikan pula
Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki olehnya inikan pula Bukit Larut.
semakin.. semakin
Encik Azreen semakin kaya semakin pemurah.
sungguhpun.. tetapi
Sungguhpun badannya gemuk tetapi dia kuat berlari.
walaupun.. namun
Walaupun cacat namun Hamid rajin berusaha.

2. Contoh kata hubung dalam bentuk Akar

Dan
hingga
lalu
ketika
Dengan
yang
tetapi
jika
kerana
serta
kalau
kemudian
demikian
walhal
walau
agar
atau
demi
supaya
.

3. Contoh kata hubung dalam bentuk terbitan.

semasa
sementara
seharusnya
andaikata
semoga
seketika
sebaliknya
sedangkan
setelah
walaupun
meskipun
mudah-mudahan
sesungguhnya
sewaktu
sekalipun
moga-moga
itupun
seandainya
jikalau
bagaimanapun
padahal
.
.
.

Contoh ayat

1. menggabungkan dua ayat
Azahar dan Annuar pergi bercuti ke Pulau Pinang.

2. menggabungkan dua rangkai kata
Kita boleh pergi ke Mekah dengan kapal terbang atau kapal laut.

3. menggabungkan ayat-ayat
Negara itu mengeluarkan hasil galian yang banyak tetapi rakyatnya masih miskin dan menderita.

1 comment: