Monday 19 November 2012

KATA KERJA (ILUSTRASI 2)

Terduduk
Makna: terjatuh duduk, duduk dengan tiba-tiba dan tidak sengaja.
Ayat Contoh: Atelit itu jatuh terduduk setelah kakinya terpelecok.

 

Terlentang
Makna: terbaring (terletak dll) dengan bahagian depan atau bahagian cekung ke atas, lawan telungkup:
Ayat Contoh: Ali baring terlentang di atas simen kerana kepenatan.
 
Tertiarap
Makna: jatuh, rebah, dll dengan bahagian depan (atas) ke bawah, tertelungkup, tengkurap:
Ayat contoh:  Adik Azman jatuh tertiarap sewaktu hendak mendapatkan ibunya

 

Tersandung
Makna: terlanggar atau terhantuk (kaki) pd sesuatu
Ayat Contoh : Kaki lelaki itu tersandung pada bendul yang terdapat di pintu masuk tandas.

2 comments:

  1. ilusttrasi yang jelas tentang penerangan kata kerja yang seringkali mengelirukan murid.tahniah

    ReplyDelete