Wednesday 14 November 2012

KATA NAFI



Kata Nafi

1. Kata Nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan.
2. Terdapat dua kata nafi, iaitu bukan dan tidak.
3. Kata Nafi bukan digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama.

Contoh ayat :
-> Lelaki yang berbaju merah itu bukan ayah saya.
-> Baju ini bukan untuk Yati, tetapi untuk adiknya.

4. Kata nafi tidak digunakan untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.

Contoh ayat :
-> Melepak di pusat membeli-belah tidak memberikan sebarang faedah.
-> Sungai di belakang rumah saya tidak dalam sangat.

5. Kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika ayat itu tidak setara.

Contoh ayat :
-> Budak itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar.
-> Anjing itu bukan garang tetapi suka bermanja.

No comments:

Post a Comment