Wednesday 14 November 2012

KATA PEMERI

Kata Pemeri


1. Kata Pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama     dalam prediket.
2. Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.
3. Kata pemeri biasanya diletakkan di hadapan kata nama atau frasa nama.
4. Kata pemeri adalah diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.
5. Contoh ayat yang menggunakan kata pemeri :

-> Perempuan yang berambut pendek itu ialah kakak saya.
-> Haiza adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu.
-> Nasi lemak ialah makanan kegemaran saya.
-> Tarikh tutup penyertaan itu adalah pada hari Jumaat.
 

No comments:

Post a Comment