Sunday 4 November 2012

MEMBINA SOALAN (LATIHAN)



MEMBINA SOALAN

1.   Misya telah bercadang melanjutkan pelajaran di luar negara pada tahun hadapan.
      A   Mengapakah Misya hendak belajar di laur negara pada tahun hadapan?
      B   Bilakah Misya hendak melanjutkan pelajaran di luar negara?
      C   Apakah cadangan Misya yang berada di luar negara pada tahun hadapan?
      D   Siapakah yang akan melanjutkan pelajaran di luar negara pada tahun hadapan?

2.   Kompang selalu dipalu di majlis-majlis perkahwinan orang Melayu.
      A   Di manakah kompang selalu dipalu?
     B   Apakah alat muzik yang selalu dipalu di majlis perkahwinan orang Melayu?
      C   Mengapakah kompang selalu dipalu di majlis perkahwinan orang Melayu?
      D   Siapakah yang selalu memalu kompang di majlis-majlis perkahwinan orang Melayu?

3.   Enjin motobotnya tidak dapat dihidupkan kerana telah dimasuki air.
      A   Bilakah enjin motobotnya tidak dapat dihidupkan?
      B   Bagaimanakah enjin motobotnya dapat dihidupkan?
      C   Adakah enjin motobotnya dapat dihidupkan?
      D   Mengapakah enjin motobotnya tidak dapat dihidupkan?

4.       Pakaian mangsa-mangsa pelarian perang itu kelihatan compang-camping dan lusuh.
      A   Siapakah yang memakai pakaian yang compang-camping dan lusuh?
      B   Mengapakah pakaian mangsa-mangsa pelarian itu compang-camping dan lusuh?
      C   Bagaimanakah pakaian mangsa-mangsa pelarian perang itu?
      D   Di manakah pakaian compang-camping mangsa-mangsa pelarian perang itu?

5.   Kehijauan hutan hujan tropika merupakan tarikan utama pelancong ke Sabah.
      A   Bagaimanakah keadaan hutan hujan tropika di Sabah?.
      B   Apakah yang menjadi tarikan utama pelancong ke Sabah?
      C   Siapakah yang tertarik oleh kehijauan hutan hujan tropika di Sabah?
      D   Bilakah pelancong melawat hutan hujan tropika di Sabah?

6.   Firdaus mengikuti kem kecemerlangan UPSR untuk memperoleh keputusan yang cemerlang.
      A   Mengapakah Firdaus mengikuti kem kecemerlangan UPSR?
      B   Di manakah Firdaus mengikuti kem kecemerlangan UPSR?
      C   Berapakah bilangan peserta yang mengikuti kem kecemerlangan UPSR?
      D   Bilakah Firdaus akan mengikuti kem kecemerlangan UPSR?

7.   Saya tinggal di Kampung Medan.
      A   Di manakah kamu tinggal?                                   C   Apakah keunikan Kampung Medan?
      B   Siapakah yang tinggal di Kampung Medan?    D   Bilakah kamu akan ke Kampung Medan?

8.   Ya, saya pernah tinggal di Melaka.
      A   Di manakah kamu tinggal?                                   C   Pernahkah kamu tinggal di Melaka?
      B   Siapakah yang menemani kamu ke Melaka?  D   Adakah negeri Melaka negeri yang indah?

9.   Setiap pelajar perlu yakin dan tekun jika ingin cepat pandai.
      A   Apakah sifat yang perlu ada pada pelajar?      C   Adakah setiap pelajar perlu tekun dan rajin?
      B   Bagaimanakah sifat pelajar yang baik?                            D   Apakah sifat yang perlu ada pada setiap pelajar jika
                                                                                         ingin cepat pandai?
10. Sikap kata-mengata antara satu sama lain tidak patut diamalkan.
      A   Kenapakah sikap kata-mengata antara satu sama lain tidak patut diamalkan?
      B   Kepada siapakah sikap kata-mengata antara satu sama lain tidak patut diamalkan?
      C   Apakah sikap yang tidak patut diamalkan antara satu sama lain?
      D   Apakah hukuman jika kita kata-mengata antara satu sama lain?




11. Budak-budak itu menunggang basikal bersaing-saing sambil bersiul.
      A   Apakah yang dilakukan oleh budak-budak itu?
      B   Apakah yang ditunggang oleh budak-budak itu sambil bersiul?
      C   Bagaimanakah perasaan budak-budak itu?
      D   Di manakah budak-budak itu berada?

12. Banyak bangunan lama di bandar raya Kuala Lumpur dicat menjelang sambutan Hari Kebangsaan. 
      A   Bilakah bangunan-bangunan lama itu dicat?
      B   Bilakah sambutan Hari Kebangsaan?
      C   Mengapakah banyak bangunan lama itu dicat?
      D   Mengapakah banyak bangunan lama di bandar raya Kuala Lumpur dicat menjelang sambutan Hari
           Kebangsaan?

13. Azmi akan menyambut hari jadinya pada minggu hadapan.
      A   Mengapakah Azmi menyambut hari jadinya?
      B   Bilakah hari jadi Azmi?
      C   Bilakah Azmi akan menyambut ulang tahun hari kelahirannya?
      D   Apakah rancangan Azmi pada minggu hadapan?

14. Perompak itu dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun.
      A   Bagaimanakah perompak itu dijatuhkan hukuman?
      B   Siapakah yang menjatuhkan hukuman terhadap perompak itu?
      C   Apakah hukuman yang dijatuhkan terhadap perompak itu?
      D   Mengapakah terhadap perompak itu dijatuhkan hukuman penjara?

10. Sikap kata-mengata antara satu sama lain tidak patut diamalkan.
      A   Kenapakah sikap kata-mengata antara satu sama lain tidak patut diamalkan?
      B   Kepada siapakah sikap kata-mengata antara satu sama lain tidak patut diamalkan?
      C   Apakah sikap yang tidak patut diamalkan antara satu sama lain?
      D   Apakah hukuman jika kita kata-mengata antara satu sama lain?

11. Budak-budak itu menunggang basikal bersaing-saing sambil bersiul.
      A   Apakah yang dilakukan oleh budak-budak itu?
      B   Apakah yang ditunggang oleh budak-budak itu sambil bersiul?
      C   Bagaimanakah perasaan budak-budak itu?
      D   Di manakah budak-budak itu berada?

12. Banyak bangunan lama di bandar raya Kuala Lumpur dicat menjelang sambutan Hari Kebangsaan. 
      A   Bilakah bangunan-bangunan lama itu dicat?
      B   Bilakah sambutan Hari Kebangsaan?
      C   Mengapakah banyak bangunan lama itu dicat?
      D   Mengapakah banyak bangunan lama di bandar raya Kuala Lumpur dicat menjelang sambutan Hari
           Kebangsaan?

13. Azmi akan menyambut hari jadinya pada minggu hadapan.
      A   Mengapakah Azmi menyambut hari jadinya?
      B   Bilakah hari jadi Azmi?
      C   Bilakah Azmi akan menyambut ulang tahun hari kelahirannya?
      D   Apakah rancangan Azmi pada minggu hadapan?

14. Perompak itu dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun.
      A   Bagaimanakah perompak itu dijatuhkan hukuman?
      B   Siapakah yang menjatuhkan hukuman terhadap perompak itu?
      C   Apakah hukuman yang dijatuhkan terhadap perompak itu?
      D   Mengapakah terhadap perompak itu dijatuhkan hukuman penjara?






15. Dikir barat, boria, dan ghazal adalah antara kesenian tradisional yang terkenal di negara kita.
      A   Dari manakah kesenian tradisional yang terkenal di negara kita berasal?
      B   Di negeri manakah kesenian dikir barat, boria, dan ghazal terkenal di negara kita?
      C   Apakah antara kesenian tradisional yang terkenal di negara kita?
      D   Pihak manakah yang bertanggungjawab mengekalkan kesenian tradisional di negara kita?

16. Gajah semakin diancam kepupusan akibat aktiviti pembukaan hutan, pertanian, pembalakan, dan pembukaan
      jalan raya.
      A   Di kawasan manakah kita dapat melihat gajah yang diancam kepupusan?
      B   Apakah factor yang menyebabkan gajah semakin diancam kepupusan?
      C   Adakah gajah di negara kita semakin diancam kepupusan?
      D   Bilakah gajah mula diancam kepupusan?

17. Cara penjagaan gigi yang betul dapat mengelakkan penyakit gusi. 
      A   Bagaimanakah cara untuk mengelakkan penyakit gusi?
      B   Mengapakah penyakit gusi perlu dielakkan?
      C   Adakah terdapat cara penjagaan gigi yang betul untuk mengelakkan penyakit gusi?
      D   Apakah penjagaan gig yang betul?

18. Pihakl muzium terpaksa merahsiakan kawasan penemuan khazanah purba itu untuk mengelakkan kecurian.
      A   Siapakah yang merahsiakan kawasan penemuan khazanah purba itu?
      B   Adakah pihak muzium merahsiakan kawasan penemuan khazanah purba itu?
      C   Mengapakah pihak muzium terpaksa merahsiakan kawasan penemuan khazanah purba itu?
      D   Bagaimanakah cara pihak muzium merahsiakan kawasan penemuan khazanah purba itu?

19. Warga tua dapat memberi sumbangan untuk membendung masalah remaja kini dengan memberi Pendidikan
       dari segi agama, budaya, dan sosial.
      A   Bagaimanakah warga tua dapat memberi sumbangan untuk membendung masalah remaja kini?
      B   Siapakah yang dapat memberi sumbangan untuk membendung maslah remaja kini?
      C   Bilakah warga tua dapat memberi pendidikan kepada remaja kini?
      D   Benarkah warga tua dapat memberi sumbangan kepada remaja?

20. Mangsa-mangsa banjir itu dipindahkan ke kawasan yang lenih selamat.
      A   Bagaimanakah mangsa-mangsa banjir itu dipindahkan?
      B   Ke manakah mangsa-mangsa banjir itu dipindahkan?
      C   Bilakah mangsa-mangsa banjir itu dipindahkan?
      D   Mengapakahkah mangsa-mangsa banjir itu perlu dipindahkan?

21.  Punca keruntuhan moral ialah kurangnya didikan agama dan kasih sayang.
      A   Apakah punca keruntuhan moral?
      B   Siapakah yang kurang mendapat kasih sayang?
      C   Apakah kesannya jika seseorang itu kurang didikan agama?
      D   Mengapakah didikan agama dan kasih saying penting?

22.  Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Guru Besar.
      A  Kepada siapakah Guru Besar menyampaikan hadiah?
     B   Siapakah yang menyampaikan hadiah kepada para pemenang?
      C   Apakah hadiah yang diberikan oleh Guru Besar kepada para pemenang?
      D   Berapa orang pemenangkah yang menerima hadiah daripada Guru Besar?

23. Kempen Menabung itu dilancarkan di sebuah bank terkemuka.
      A   Apakah tujuan Kempen Menabung itu dilancarkan?
      B   Pihak manakah yang melancarkan Kempen Menabung itu?
      C   Mengapakah bank terkemuka itu melancarkan Kempen Menabung?
      D   Di manakah kempen menabung itu dilancarkan?



24.    Saya akan membuktikan bahawa saya sama sekali todak bersalah dalam perkara ini.
      A   Bagaimanakah kamu dapat membuktikan bahawa kamu tidak akan bersalah?
      B   Apakah yang akan kamu lakukan?
      C   Mengapakah kamu hendak membuktikan bahawa kamu tidak bersalah?
      D   Siapakah yang akan membuktikan bahawa kamu tidak bersalah?


25.  Hukuman yang berat akan dikenakan oleh kerajaan terhadap pihak yang terlibat mencemarkan udara.
      A   Di manakah berlakunya pencemaran udara?
      B   Bagaimanakah langkah kerajaan untuk mengawal pencemaran udara?
      C   Apakah yang menyebabkan pencemaran udara?
      D   Mengapakah pencemaran udara perlu dikawal?

26.  Setiap hari saya menelaah pelajaran selama lima jam di rumah.
      A   Mengapakah anda mendapat keputusan yang cemerlang?
      B   Bilakah anda selalu menelaah pelajaran?
      C   Apakah rahsia kejayaan cemerlang anda dalam pelajaran?
      D   Siapakah yang mendorong anda hingga mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran?

27. Bandar raya Kuala Lumpur dihias indah menjelang sambutan Hari Kebangsaan.
      A   Mengapakah bandar raya Kuala Lumpur dihiasi indah?                                              
      B   Mengapakah bandar raya Kuala Lumpur dihiasi indah menjelang Hari kebangsaan?
      C   Bilakah bandar raya Kuala Lumpur dihiasi indah?        
      D   Bagaimanakah keadaan bandar raya Kuala Lumpur setelah dihias?

28. Perniagaannya semakin maju kerana Murad seorang pemuda yang rajin dan gigih.
      A   Siapakah yang rajin dan gigih berusaha?                                         
      B   Siapakah yang semakin maju?           
      C   Bilakah perniagaan Murad semakin maju?
      D   Mengapakah perniagaan Murad semakin maju?

29. Sudah tentu. Saya pun memang hendak ke pasar.
      A   Bilakah kamu hendak ke pasar?        
      B   Siapakah yang hendak ke pasar?                       
      C   Bagaimanakah awak hendak menghantar saya ke pasar? 
      D   Bolehkah kamu menghatra saya ke pasar?

30. Kita dapat melihat pelbagai jenis buku di dalam perpustakaan.
      A   Siapakah yang dapat melihat pelbagai jenis buku di perpustakaan?
      B   Bolehkah kita melihat pelbagai jenis buku di perpustakaan?
      C   Bagaimanakah kita dapat melihat buku di perpustakaan?
      D   Apakah yang dapat kita lihat di dalam perpustakaan?

31. Saya menerima hadiah hari jadi ini daripada ibu Nasuha.
      A   Daripada siapakah awak menerima hadiah hari jadi itu?
      B   Untuk siapakah hadiah hari jadi itu?
      C   Bagaimanakah awak menerima hadiah hari jadi itu?
      D   Bilakah awak menerima hadiah hari jadi daripada ibu Nasuha?

32. Sarawak ialah negeri yang terbesar di Malaysia. 
      A   Apakah negeri yang terbesar di Malaysia?
      B   Siapakah negeri yang terbesar di Malaysia?
      C   Sarawak  negeri yang terbesar di Malaysia?
      D   Bagaimanakah Sarawak negeri yang terbesar di Malaysia?

33. Nurul pelajar yang cerdik. Dia sentiasa mendapat keputusan yang cemerlang.
      A   Sejak bilakah Nurul cemerlang dalam peperiksaan?
      B   Siapakah yang mendapat keputusan cemerlang?
      C   Benarkah Nurul pelajar yang cerdik?
      D   Mengapakah Nurul cerdik?

34. Ibu Dayang berasal dari Brunei.
      A   Siapakah ibu Dayang?
      B   Ke manakah ibu Dayang?
      C   Dari manakah ibu Dayang berasal?
      D   Bagaimanakah ibu Dayang berasal dari Brunei?

35. Dia dapat memulakan perniagaannya dengan mencagar tanah kebunnya.
      A   Bolehkah dia memulakan perniagaan nya dengan mencagar tanah kebunnya itu?
      B   Bilakah dia memulakan perniagaannya?
      C   Siapakah yang memulakan perniagaan dengan mencagar tanahnya itu?
      D   Bagaimanakah dia memperoleh wang untuk memulakan perniagaannya?

36. Amira sanggup bergolok gadai untuk menyekolahkan anaknya.
      A   Apakah yang dilakukan oleh Amira?
      B   Bagaimanakah Amira menyekolahkan anak-anaknya?
      C   Mengapakah Amira sanggup bergolok gadai?
      D   Adakah Amira bergolok gadai untuk menyekolahkan anak-anaknya?

37. Saya datang ke sini dengan menumpang kereta kawan ayah saya. 
      A   Dengan siapakah kamu datang?
      B   Apakah kenderaan yang kamu naik?
      C   Bagaimanakah kamu datang ke sini?
      D   Kereta siapakah yang kamu tumpang?

38. Majlis hari lahir adik saya ditunda pada minggu hadapan.
      A   Bilakah majlis hari lahir adik awak?
      B   Mengapakah majlis hari lahir adik awak ditunda?
      C   Di manakah majlis hari lahir adik awak diadakan?
      D   Mengapakah majlis hari lahir adik awak dibatalkan?

39. Bunga-bunga yang telah digubah ini akan dihantar ke Hotel Intan.
      A   Mengapakah bunga-bunga ini digubah?
      B   Adakah bunga ini telah ditempah?
      C   Apakah yang akan dilakukan dengan bunga yang digubah ini?
      D   Siapakah yang memesan bunga-bunga ini?

40. Sejak semalam dia asyik menangis, puas saya pujuk tapi dia enggan berhenti.
      A   Mengapakah awak tidak memujuknya?
      B   Sejak bilakah dia menangis?
      C   Siapakah dia yang menangis itu?
      D   Di manakah dia telah menangis?

41. Saya berazam akan meneruskan kerjaya sebagai penulis selagi terdaya.
      A   Kenapa saudara memilih bidang ini?
      B   Adakah saudara akan terus berkecimpung dalam bidang penulisan?
      C   Apakah azam saudara dalam bidang penulisan?
      D   siapakah yang mendorong saudara menjadi penulis?

42. Kereta itu berpusing-pusing kemudian terbabas ke dalam parit. 
      A   Adakah kereta itu berpusing?
      B   Mengapakah kereta itu berpusing-pusing?
      C   Apakah yang berlaku kepada kereta itu?
      D   Bagaimanakah keadaan kereta itu?

43. Pendaki terpaksa menempuh jalan yang licin dan curam untuk sampai ke puncak Gunung Tahan.
      A   Mengapakah pendaki menghadapi masalah?
      B   Bagaimanakah pendaki sampai ke puncak Gunung Tahan?
      C   Siapakah  yang menghadapi masalah ke Gunung Tahan?
      D   Apakah masalah yang dihadapi oleh pendaki Gunung Tahan?





44. Mereka menggunakan jambatan gantung itu untuk menyeberangi Sungai Jelai.
      A   Mengapakah mereka menyeberangi Sungai Jelai?
      B   Siapakah yang menggunakan jambatan gantung itu?
      C   Bagaimanakah mereka menyeberangi Sungai Jelai itu?
      D   Bilakah mereka menggunakan jambatan gantung itu?

45. Negeri sembilan sangat terkenal kerana mengamalkan tradisi adat pepatih.
      A   Apakah yang menyebabkan Negeri sembilan terkenal?
      B   Siapakah yang membawa tradisi adat pepatih di Negeri Sembilan?
      C   Apakah keunikan tradisi adat pepatih yang diamalkan di Negeri Sembilan?
      D   Dari manakah tradisi adat pepatih berasal?

46. Pesta Keseniaan Asia itu akan diadakan di Istana Budaya.
      A   Siapakah yang akan merasmikan Pesta Kesenian Asia itu?
      B   Mengapakah Pesta Kesenian Asia itu diadakan?
      C   Di manakah Pesta Kesenian Asia itu akan diadakan?
      D   Pihak manakah yang menganjurkan Pesta Kesenian Asia itu?

47. Kaum Bajau yang tinggal di Kota Belud sangat cekap menunggang kuda. 
      A   Mengapakah kaum Bajau sangat cekap menunggang kuda?
      B   Apakah keistimewaan kaum Bajau yang tinggal di Kota Belud?
      C   Di manakah biasanya kaum Bajau ditemui di Sabah?
      D   Apakah haiwan yang biasanya ditunggang oleh kaum Bajau?

48. Nazrin pergi ke bank untuk mengemaskinikan buku simpanannya.
      A   Nazrin pergi ke bank?
      B   Sudah berapa lamakah Nazrin pergi ke bank?
      C   Dengan siapakah Nazrin pergi ke bank?
      D   Apakah tujuan Nazrin pergi ke bank?

49. Peserta perkhemahan itu sedang melakukan aktivti burung hantu.
      A   Di manakah aktiviti burung hantu itu diadakan?
      B   Menarikkah aktiviti burung hantu itu ?
      C   Apakah yang sedang dilakukan peserta perkhemahan itu?
      D   Berapa lamakah aktiviti burung hantu itu diadakan?

50. Sidang akhbar Hidupan burung 2004 itu diadakan bagi menyedarkan masyarakat tentang menjaga kebajikan
      burung.
      A   Di manakah sidang akhbar Hidupan Burung 2004 itu diadakan?
      B   Pihak manakah yang menganjurkan sidang akhbar Hidupan Burung 2004?
      C   Apakah tujuan sidang akhbar Hidupan Burung 2004?
      D   Bagaimanakah  perjalanan sidang akhbar Hidupan Burung 2004?

51.  Pameran produk baru tembikar itu diadakan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.
      A   Bilakah pameran produk baru tembikar itu diadakan?
      B   Berapakah bayaran masuk untuk menyaksikan pameran produk baru tembikar itu?
      C   Di manakah pameran produk baru tembikar itu diadakan?
      D   Mengapakah pameran produk baru tembikar itu diadakan?

52. Buluh banyak digunakan dalam industri pembuatan seperti bakul sayur dan kertas.
      A   Apakah kegunaan buluh dalam industri pembuatan?
     B   Di manakah buluh biasanya tumbuh?
      C   Adakah industri pembuatan banyak menggunakan buluh?
      D   Berapakah harga bakul sayur yag diperbuat daripada buluh?



53. Pada masa kini arang digunakan untuk membakar sate.
      A   Mengapakah arang digunakan semasa membakar sate?
      B   Di manakah arang banyak diperoleh untuk membakar sate?
      C   Apakah kegunaan arang pada masa kini?
      D   Siapakah yang membakar sate itu?

54.    Dahulu, manusia menggunakan bulu burung, kalam batu, berus, dan kapur untuk menulis.
      A   Bilakah alat tulis mula dicipta manusia?
      B   Apakah yang digunakan manusia dahulu untuk menulis?
      C   Mengapakah manusia mencipta alat tulis?
      D   Bagaimanakah alat tulis dicipta manusia?

55. Unit Pelancongan Malaysia ditubuhkan pada bulan Februari 1988.
      A   Sejak bilakah Unit Pelancongan Malaysia ditubuhkan?
      B   Mengapakah Unit Pelancongan Malaysia ditubuhkan?
      C   Bilakah Unit Pelancongan Malaysia ditubuhkan?
      D   Apakah unit yang baru-baru ini ditubuhkan?

56. Dia tidak mengakui kesalahannya.
      A   Mengapakah kesalahan itu tidak diakuinya?
      B   Bagaimanakah pengakuannya terhadap kesalahannya?
      C   Adakah dia tidak bersalah dalam kejadian itu?
      D   Benarkah dia tidak mengakui kesalahannya?

57. Mereka berkhemah di Pulau Ketam.
      A   Mengapakah mereka pergi ke Pulau Ketam?                                  
      B   Di manakah mereka berkhemah?      
      C   Adakah mereka berkhemah di Pulau Ketam?
      D   Siapakah mereka?

58.  Pertunjukan itu diadakan untuk mengutip derma.
      A   Adakah pertunjukan itu akan diadakan?                                         
      B   Di manakah pertunujukan itu akan diadakan?              
      C   Bagaimanakah pertunjukan itu diadakan?
      D   Mengapakah pertunjukan itu diadakan?

59. Kelab Alam Sekitar sekolah akan melawat Taman Negara pada hari Sabtu depan.
      A   Mengapakah Kelab Alam Sekitar sekolah akan melawat Taman Negara?              
      B   Bilakah Kelab Alam Sekitar sekolah akan berkunjung ke Taman Negara?                              
      C   Apakah tujuan Kelab Alam Sekitar sekolah melawat Taman Negara?
      D   Bagaimanakah anggota Kelab Alam Sekitar sekolah menghabiskan masa lapang pada hari Sabtu?

60. Sebelum ke hospital, kami ke Restoran Permai di Jalan Ipoh.
      A   Ke manakah mereka hendak pergi?
      B   Bilakah kamu akan ke Restoran Permai?
      C   Kamu ke mana tadi sebelum ke hospital?
      D   Adakah kamu akan ke hospital?

61. Ya, pasukan negara kita berjaya memasuki pertandingan akhir itu.
      A   Adakah pasukan negara kita berjaya memasuki pertandingan akhir bola sepak itu?
      B   Pasukan dari manakah yang berjaya memasuki pertandingan akhir?
      C   Bagaimanakah keputusan pasukan negara kita?
      D   Bilakah pertandingan akhir akan diadakan?




62. Tidak lama, lebih kurang sepuluh minit lagi majlis itu akan dimulakan. 
      A   Pada pukul berapakah majlis itu akan dimulakan?
      B   Lambat lagikah majlis itu akan dimulakan?
      C   Siapakah yang akan merasmikan pembukaan majlis itu?
      D   Mengapakah majlis itu belum dimulakan?

63. Kebakaran itu berlaku tengah hari tadi. Ketika itu penghuni rumah tersebut berada di tempat kerja.
      A   Bagaimanakah kebakaran itu boleh berlaku?
      B   Apakah yang berlaku tengah hari tadi?
      C   Bilakah kebakaran itu berlaku?
      D   Apakah punca kebakaran itu?

64. Kemalangan itu berlaku sebagai akibat kecuaian pemandu kereta biru itu.
      A   Di manakah kemalangan itu berlaku?
      B   Siapakah yang terlibat dalam kemalangan itu?
      C   Apakah punca kemalangan itu berlaku?
      D   Bagaimanakah keadaan mangsa kemalangan itu?

65. Ayah saya berada dalam keadaan sihat sejahtera.
      A   Bagaimanakah kesihatan ayah saya?
      B   Di manakah ayah kamu berada?
      C   Ayah kamu apa khabar?
      D   Mengapakah ayah kamu berada di situ?

66. “Wanita yang bersanggul itu ibu saya,” kata Jaja.
      A   Siapakah wanita yang bersanggul itu?
      B   Kenapakah wanita yang bersanggul itu ibu awak?
      C   Di manakah wanita yang bersanggul itu ibu awak?
      D   Bagaimanakah wanita yang bersanggul itu ibu awak?

67. Pertandingan Panjang Akal itu akan diadakan di Stadium Merdeka. 
      A   Bilakah pertandingan Panjang Akal itu akan diadakan?
      B   Siapakah yang menganjurkan pertandingan Panjang Akal?
      C   Siapakah peserta pertandingan Panjang Akal?
      D   Di manakah pertandingan Panjang Akal itu akan diadakan?

68. Rendang yang sedap ini dimasak oleh mak cik saya.
      A   Di manakah rendang itu dimasak?
      B   Bagaimanakah mak cik memasak rendang itu?
      C   Siapakah yang memasak rendang yang sedap itu?
      D   Kenapakah mak cik memasak rendng yang sedap itu?

69. Rumah-rumah setinggan itu akan dirobohkan dengan menggunakan jentolak.
      A   Benarkah rumah-rumah setinggan itu akan dirobohkan?
      B   Bagaimanakah rumah-rumah setinggan itu akan dirobohkan?
      C   Mengapakah rumah-rumah setinggan itu akan dirobohkan?
      D   Bilakah rumah-rumah setinggan itu akan dirobohkan?

70. Sektor pelancongan amat penting sebagai penggerak ekonomi negara.
      A   Benarkah sektor pelancongan ialah penggerak ekonomi negara?
      B   Bagaimanakah sektor pelancongan boleh  menggerakkan ekonomi negara?
      C   Mengapakahkah sektor pelancongan amat penting kepada negara?
      D   Bilakah sektor pelancongan amat penting kepada negara?

71. “Tidak, saya tidak pernah menghalang anak-anak saya menceburi bidang sukan,” kata Puan Ani.
      A   “Mengapakah puan menghalang anak-anak puan menceburi bidang sukan,” tanya Ajai?
      B   “Betulkah anak-anak puan tidak berminat menceburi bidang sukan,” tanya Ajai?
      C   “Adakah puan menghalang anak-anak puan menceburi bidang sukan,” tanya Ajai?
      D   “Siapakah yang menggalakkan anak-anak puan menceburi bidang sukan,” tanya Ajai?





72. David tidak disukai oleh penduduk kampung kerana dia suka melakukan perkara yang tidak berfaedah. 
      A   Mengapakah David suka melakukan perkara yang tidak berfaedah?
      B   Mengapakah penduduk kampung tidak suka David melakukan perkara yang tidak berfaedah?
      C   Mengapakah David sangat ditakuti oleh penduduk kampung?
      D   Mengapakah David tidak disukai oleh penduduk kampung?

73. Jamuan makan malam ini ialah anjuran Persatuan Bekas Pelatih Maktab Perguruan Kinta, Ipoh.
      A   Bilakah jamuan makan malam ini akan diadakan?
      B   Mengapakah Persatuan Bekas Pelatih Maktab Perguruan Kinta menganjurkan jamuan makan malam ini?
      C   Siapakah penganjur majlis jamuan makan malam ini?
      D   Di manakah majlis jamuan makan malam ini akan diadakan?

74. “Kejadian tanah runtuh itu berpunca daripada sikap pemaju perumahan yang tidak mementingkan kehijauan
      alam sekitar,” tegas menteri itu.
      A   “Apakah punca kejadian tanah runtuh berlaku?” tanya wartawan.
      B   “Bagaimanakah cara hendak menghalang kejadian tanah runtuh?” tanya wartawan itu.
      C   “Siapakah yang menyebabkan kejadian tanah runtuh?” tanya wartawan itu.
      D   “Bilakah kejadian tanah runtuh berlaku?” tanya wartawan itu.

75. Sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Perak akan diadakan di daerah Hilir Perak.
      A   Bilakah sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Perak akan diadakan?
      B   Mengapakah daerah Hilir Perak dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri
           Perak?
      C   Apakah acara yang akan diadakansempena sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Perak?
      D   Di manakah sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Perak akan diadakan?

76.  Halim menggunakan buku dan kamus untuk membuat rujukan.
      A   Apakah yang digunakan oleh Halim untuk membuat rujukan?
      B   Mengapakah Halim menggunakan buku dan kamus untuk membuat rujukan?
      C   Pukul berapakah Halim membuat rujukan?
      D   Adakah Halim menggunakan buku dan kamus untuk membuat rujukan?

77.  Penampilan diri yang baik dan bersopan perlu ada pada seseorang penyambut tetamu.
      A   Apakah yang perlu ada pada seseorang penyambut tetamu?
     B   Mengapakah seseorang penyambut tetamu perlu mempunyai penampilan diri yang baik dan bersopan?
      C   Bagaimanakah penampilan diri seseorang penyambut tetamu?
      D   Adakah penampilan diri yang baik dan bersopan perlu ada pada seseorang penyambut tetamu?

78. Berita itu tersebar luas setelah disiarkan di dalam akhbar.
      A   Mengapakah berita itu boleh tersebar?
      B   Bagaimanakah berita itu tersebar luas?
      C   Siapakah yang menyebarkan berita itu?
      D   Apakah berita yang disebarkan di dalam akhbar?

79.    Penagih dadah itu dijatuhi hukuman penjara 5 tahun.
      A   Bilakah penagih dadah itu dihukum penjara?
      B   Siapakah yang menjatuhi hukuman itu?
      C   Apakah hukuman yang dikenakan kepada penagih dadah itu?
      D   Berapakah hukuman penjara itu?

80.  Kuda kepang paling popular di negeri Johor.
      A   Di manakah kuda kepang paling popular?
      B   Apakah nyanyian rakyat negeri Johor?
      C   Apakah yang paling terkenal di negeri Johor?
      D   Siapakah yang menarikan tarian kuda kepang di negeri Johor?




81.  Memang begitulah cadangan asal kami.
      A   Apakah rancangan asal kamu?
      B   Mengapakah kamu tidak jadi ke bandar?
      C   Apa kata kita ke bandar?
      D   Bagaimanakah kita ke bandar?

82. Para murid dinasihati agar berhati-hati ketika melintas jalan raya.
      A   Adakah para murid perlu berhati-hati ketika melintas jalan raya?                                             
      B   Apakah yang perlu murid lakukan ketika melintas jalan raya?
      C   Bagaimanakah caranya para melintas jalan raya?       
      D   Apakah nasihat kepada para murid ketika melintas jalan raya?

83. Adiknya menangis kerana belonnya pecah.
      A   Mengapakah belon itu pecah?                                            
      B   Mengapakah adiknya menangis?      
      C   Bilakah belon itu pecah?
      D   Bagaimanakah belon itu pecah?

84. Puasa dapat merapatkan jurang perbezaan antara golongan miskin dengan yang kaya.
      A   Siapakah yang mendapat faedah daripada berpuasa? 
      B   Apakah kebaikan berpuasa?                               
      C   Adakah puasa dapat merapatkan jurang perbezaan antara manusia? 
      D   Bagaimanakah puasa dapat merapatkan jurang perbezaan antara golongan miskin dan golongan kaya?

85. Shah mengeluarkan semua wang simpanannya untuk memulakan perniagaannya itu.
      A   Siapakah yang membantu Shah untuk memulakan perniagaan itu?
      B   Bagaimanakah perniagaan Shah ketika memulakan perniagaannya?
      C   Bagaimanakah Shah mengeluarkan semua simpanannya?
      D   Dari manakah Shah mendapat modal untuk memulakan perniagaannya itu?

86. Saya menyiapkan projek yang cikgu beri selama tiga hari.
      A   Bilakah kamu menyiapkan projek yang cikgu beri?
      B   Benarkah kamu menyiapkan tiga hari projek yang cikgu beri?
      C   Berapa lamakah masa yang kamu ambil untuk menyiapkan projek yang cikgu beri?
      D   Lamakah masa yang kamu ambil untuk menyiapkan projek yang cikgu beri?

87. Boria merupakan salah satu persembahan kebudayaan yang terkenal di negara kita. 
      A   Bagaimanakah boria terkenal di negara kita?
      B   Di manakah boria terkenal di negara kita?
      C   Mengapakah boria terkenal di negara kita?
      D   Apakah salah satu persembahan kebudayaan yang terkenal di negara kita?

88. Semua tugasan hendaklah kamu hantar selewat-lewatnya pada hari Jumaat.
      A   Bagaimanakah kamu perlu menghantar semua tugasan tadi?
      B   Bilakah kamu perlu menghantar semua tugasan tadi?
      C   Siapakah yang akan menghantar semua tugasan tadi?
      D   Apakah tugasan yang perlu dihantar?

89. Mereka terlewat kerana terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.
      A   Bagaimanakah mereka terperangkap?
      B   Mengapakah mereka lewat?
      C   Di manakah mereka terperangkap dalam kesesakan lalu lintas?
      D   Apakah mereka terlewat?




90. Penduduk Taman Bukit Perdana sedang membersihkan kawasan masjid.
      A   Di manakah penduduk Taman Bukit Perdana membersihkan kawasan masjid?
      B   Apakah yang sedang dilakukan oleh penduduk Taman Bukit Perdana?
      C   Mengapakah kawasan masjid dibersihkan?
      D   Apakah yang terdapat di kawasan masjid?

91.  Pertandingan itu diadakan bersempena sambutan Hari Polis.
      A   Mengapakah pertandingan itu diadakan?
      B   Bilakah Hari Polis akan disambut?
      C   Adakah pertandingan itu diadakan bersempena dengan Hari Polis?
      D   Bilakah pertandingan itu diadakan?

92. Ya, sayalah yang terlibat dalam menyelesaikan kes rompakan bank itu. 
      A   Mengapakah saudara melibatkan diri dalam kes rompakan di bank itu?
      B   Adakah saudara yang terlibat dalam menyelesaikan kes rompakan di bank itu?
      C   Bagaimanakah saudara menyelesaikan kes rompakan di bank itu?
      D   Mungkinkah saudara yang menyelesaikan   kes    rompakan   di   bank itu?

93. Bagaimanakah kemalangan yang melibatkan sebuah lori dan kereta itu berlaku.
      A   Kemalangan itu menyebabkan sebuah lori dan kereta terbabas ke dalam gaung?
      B   Kemalangan itu menyebabkan enam orang mangsa mati di temapt kejadian?
      C   Kemalangan itu berlaku apabila sebuah kereta yang memotong garisan berkembar dua terbabas lalu
           merempuh lori di hadapannya?
      D   Kemalangan itu menyebabkan orang ramai berhenti untuk membantu mangsa?

94. Pemandu pelancong itu sedang memberikan penerangan kepada pelancong-pelancong asing.
      A   Apakah yang sedang dilakukan oleh pelancong-pelancong asing itu?
      B   Mengapakah pemandu pelancong memberikan penerangan kepada pelancong-pelancong asing itu?
      C   Di manakah pemandu pelancong memnerikan penerangan kepada pelancong-pelancong itu?
      D   Apakah yang sedang dilakukan oleh pemandu pelancong itu?

95. Lelaki itu memandang saya beberapa kali seolah-olah ada yang tidak kena.
      A   Mengapakah lelaki itu macam tidak kena?
      B   Bagaimanakah lelaki itu memandang kamu?
      C   Mengapakah lelaki itu memandang kamu beberapa kali?
      D   Siapakah lelaki yang memandang kamu itu?

96. Puan Fatimah membekal beberapa keping roti untuk anaknya ke sekolah sebagai alas perut.
      A   Siapakah yang membawa beberapa keping roti ke sekolah?
      B   Mengapakah Puan Fatimah membekalkan roti untuk anaknya?
      C   Apakah bekalan yang dibawa untuk alas perut?
      D   Benarkah Puan Fatimah membekalkan beberapa keping roti untuk anaknya?

97. Yasminlah yang memenangi peraduan warna itu. 
      A   Di manakah peraduan warna itu diadakan?
      B   Siapakah yang memenangi peraduan mewarna itu?
      C   Mengaapakah Yasmin menyertai peraduan mewarna itu?
      D   Bilakah peraduan mewarna itu diadakan?

98. Bangunan buruk itu terpaksa dirobohkan kerana lebuh raya akan dibina di situ.
      A   Mengapakah bangunan buruk itu dirobohkan?
      B   Siapakah yang akan merobohkan bangunan buruk itu?
      C   Bilakah bangunan buruk itu hendak dirobohkan?
      D   Bagaimanakah bangunan buruk itu akan dirobohkan?

99. Penyakit itu merebak sejak tiga bulan yang lalu.
      A   Apakah yang merebak?
      B   Di manakah penyakit itu merebak?
      C   Bagaimanakah penyakit itu merebak?
      D   Sejak bilakah penyakit itu mula merebak?




100. Mereka mengatasi masalah krisis air dengan menggali telaga.
      A   Di makanakah masalah krisis air itu berlaku?
      B   Mengapakah masalah krisis air berlaku?
      C   Bagaimanakah mereka mengatasi masalah krisis air?
      D   Benarkah masalah krisis air berlakul?

5 comments:

  1. Cikgu, boleh minta jawapan untuk soalan-soalan di atas? Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. terima kasih kerana membantu memberikan bahan kepada saya untuk rujukan..

    ReplyDelete
  3. Cikgu, terima kasih untuk latihan dia atas. Boleh saya dapatkan jawapan.

    ReplyDelete
  4. Cikgu, terima kasih untuk latihan dia atas. Boleh saya dapatkan jawapan.

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yang sgt bermakna.Terima kasih cgu

    ReplyDelete