Monday 12 November 2012

NOTA AYAT MAJMUK



BAHASA MALAYSIA : TATABAHASA

AYAT MAJMUK
1. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua taua lebih ayat-ayat tunggal disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis.
Contoh :
a) Razak mengambil sebuah buku cerita. (Ayat Tunggal)
b) Razak membaca buku itu. (Ayat Tunggal)
c) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu. (Ayat Majmuk)

Pemajmukan
Kata Majmuk

1. Dua atau lebih daripada dua patah dasar dapat digabungkan untuk membentuk satu kata baru yang padu atau sebati maknanya.
2. Kata paduan atau sebatian yang demikian dikenal sebagai kata majmuk.
3. Setiap kata yang menjadi komponen kata majmuk wang saku mempunyai maknanya sendiri-sendiri.
4. Misalnya, wang dan saku yang menjadi komponen kata majmuk wang saku mempunyai maknanya masing-masing. Makna wang saku ialah wang dibawa untuk digunakan apabila diperlukan.
5. Ada juga kata majmuk yang terbentuk daripada dua patah kata yang berbeza tetapi maknanya sama atau hampir-hampir sama. Beberapa contohnya ialah cantik jelita, hancur lebur dan sunyi sepi.
6. Dua patah kata yang sama atau hampir sama maknanya itu dimaksudkan untuk menyatakan makna kesangatan. Misalnya, cantik jelita bererti sangat cantik, hancur lebur bererti hancur sama sekali, sunyi sepi bererti sangat sunyi.

Bentuknya
1. Kata majmuk ada yang dieja tercantum dan ada yang dieja terpisah tetapi tidak ada yang bersempang.
2. Dengan itu, dapatlah dibezakan bentuk kata majmuk daripada bentuk kata ganda yang dieja bersempang kecuali kata ganda separa seperti bebawang, jejari, kekuda dan sebagainya.
3. Beberapa contoh kata majmuk yang dieja tercantum ialah apabila, bumiputera, daripada, juumudi, kadangkala dan walaupun.
4. Beberapa contoh kata majmuk yang dieja terpisah ialah air mata, buah pinggang, campur tangan, daun pintu, ganti rugi dan hak cipta.
5. Dari segi bentuknya, kata majmuk terbahagi kepada beberapa kelas seperti yang berikut:
a. kata nama majmuk;
b. kata bilangan majmuk;
c. kata adjektif majmuk;
d. kata kerja majmuk;
e. kata sendi majmuk;
f. kata keterangan majmuk;
g. kata hubung majmuk.
6. Sebahagian besar daripada kata majmuk dalam bahasa Melayu tergolong dalam kelas kata nama.
Contoh kata nama majmuk (air mata, buah mulut, cita rasa, daun telinga, ganti rugi dan hak cipta).
7. Kata bilangan majmuk
( tiga puluh, dua pertiga dan dua ratus lima puluh).
8. Kata adjektif majmuk
(aman damai, buta huruf, cantik jelita, gagah perkasa, merah jambu, iri hati dan kelam kabut).
9. Kata kerja majmuk ada yang bebas, yakni tidak terikat pada sebarang imbuhan.
(angkat kaki, buang air, campur tangan, datang bulan dan gulung tikar).
10. Kata kerja majmuk ada juga yang terikat:
Contohnya : mengadu domba, mengambil alih, mengambil berat, menganggap sepi, mengangkat sembah, membalas budi, membanting tulang, mencari gali, bercerai susu, berdiam diri, menyalahgunakan, menembak mati, dan bertungkus lumus.
11. Kata sendi majmuk pula tidak seberapa jumlahnya, iaitu darihal, daripada, kepada dan sedari.
12. Kata keterangan majmuk antara yang lain-lain, ialah acap kali, boleh jadi, demikian, kadangkala, lambat laun, pertama kali, sambil lalu dan sekali sekala.
13. Kata hubung majmuk antara yang lain-lain, ialah apabila, manakala dan meskipun.

Tugasnya
Kata majmuk mempunyai dua tugas seperti yang berikut:
(a) menetapkan kelas kata dasar.
Contohnya :

air (kata nama) + mata (kata nama)
air mata (kata nama)
lemah (kata adjektif) + lembut (kata adjektif)
lemah lembut (kata adjektif)
mogok (kata kerja) + duduk (kata kerja)
mogok duduk (kata kerja)
dari (kata sendi) + pada (kata sendi)
daripada (kata sendi)
(b) mengubah kelas kata dasar.
contohnya :

apa (kata ganti tanya) + bila (kata keterangan tanya)
apabila (kata nama)
alim (kata adjektif) + ulama (kata nama)
alim ulama (kata nama)
gulung (kata adjektif) + tikar (kata nama)
gulung tikar (kata kerja)
tumbuk (kata kerja) + rusuk (kata nama)
tumbuk rusuk (kata nama)
cerdik (kata adjektif ) + pandai (kata adjektif)
cerdik pandai (kata nama)
lalu (kata kerja) + lintas (kata kerja)
lalu lintas (kata nama)
banyak (kata adjektif ) + mulut(kata nama)
banyak mulut (kata adjektif)
lambat (kata adjektif ) + laun (kata adjektif)
lambat laun (kata keterangan)

Maknanya :
1. Dari segi maknanya, kata majmuk dapat dibahagikan kepada dua jenis seperti yang berikut :
(a) kata majmuk wajar;
(b) kata majmuk kiasan

2. Kata majmuk wajar ialah kata majmuk yang sebenarnya, yang maknanya dapat diketahui daripada makna kata-kata yang menajdi komponennya.

3. Misalnya, buah anggur ialah kata majmuk wajar kerana maknanya tidak lain daripada buah yang bernama anggur.

4. Kata majmuk kiasan pula ialah kata majmuk yang maknanya lain daripada buah yang ada pada kata-kata yang menjadi komponennya.

5. Misalnya buah hati ialah kata majmuk kiasan kerana maknanya tidak kena mengena dengan buah ataupun hati.


Makna buah hati ialah kekasih yang dicintai, bukan buah yang bernama hati.

6. Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk wajar.

merah jambu
minyak makan
udang galah
wang saku
harga borong
kongsi gelap
tahan lasak
dengki hati
pagar duri
gunung api
esok hari
kaca mata
daya cipta
hitam manis
cakera padat
bahasa pasar
mabuk laut
orang gaji
naik takhta
uji kaji
hancur lebur
lampu duduk
rendah hati
pindah tangan
sihat akal
emas putih
kerak bumi
bakul sampah
isi perut
inti sari
batang hidung
adat istiadat
lubang hidung
nenek moyang
tuan rumah
warta berita
zat air
lipat ganda
sabun mandi
rabun jauh
olah raga
gagah berani
otak depan
galah canggah
juling air
cantik jelita
ikan parang
alih bahasa

7. Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk kiasan.

main angin
embun jantan
malam buta
emas kahwin
sampai hati
tanah air
tumbuk rusuk
anak baju
lalat hijau
harga diri
hajat besar
filem bisu
jalan bahasa
otak udang
banyak mulut
mata hati
anak kunci
cekak musang
akal kancil
cahaya mata
lepas tangan
gaji buta
tali barut
sakit hati
habis akal
gatal mulut
ibu ayam
rendah hati
sagu hati
tangan besi
gantung kemudi
karat hati
datang bulan
timbang rasa
buah mulut
anak emas
naik darah
dapur susu
anak angkat
cakap angin
lemah semangat
kecil hati
panjang tangan
pasar gelap
lebar mulut
kereta api
papas hati
gunung payung
patah hati
kata dua
kaki tangan
daun pintu
jauh hati
isi hati
darah daging
batu loncatan
nyawa ikan
bulan madu
campur tangan

No comments:

Post a Comment