Monday 12 November 2012

NOTA AYAT PENYUATA



BAHASA MALAYSIA : TATABAHASA

AYAT PENYATA
1. Ayat ialah satu susunan perkataan yang terdiri daripada subjek dan predikat.
2. Subjek ialah perkara yang diceritakan.
3. Predikat ialah cerita berkenaan perkara itu (subjek)
4. Ayat mengandungi makna yang lengkap. Ia diucapkan dengan intonasi atau nada yang sempurna.
Contoh :

Subjek
Predikat
1. Affendi
guru.
2. Kakak
menyapu sampah.
3. Abang Abu
bermain bola sepak.
4. Zulkifli
minum teh.
5. Ayam itu
asyik berkokok.

Ragam Ayat
1. Terdapat empat jenis ragam ayat dalam Bahasa Malaysia, iaitu:
(a) ayat penyata.
(b) ayat tanya.
(c) ayat perintah.
(d) ayat seruan.


Ayat Penyata
1. Ayat Penyata dikenali juga sebagai Ayat Berita atau Ayat Keterangan.
2. Ayat penyata ialah ayat yang menyatakan atau menerangkan sesuatu cerita, benda, kejadian dan sebagainya.

Contohnya :
a. Syarifah sedang menyiram bunga.
b. Lembu itu akan dijual.
c. Budak-budak itu bermain di tepi longkang.


No comments:

Post a Comment