Monday 12 November 2012

NOTA AYAT PERINTAH



BAHASA MALAYSIA : TATABAHASA

JENIS-JENIS AYAT PERINTAH

AYAT PERINTAH
1. Ayat Perintah ialah ayat yang menyuruh, melarang, mempersilakan atau meminta seseorang melakukan sesuatu.
2. Ayat perintah terbahagi kepada :
a. Ayat Suruhan
b. Ayat Permintaan
c. Ayat Larangan
d. Ayat Silaan


Ayat Suruhan
1. Ayat ini bertujuan memberi arahan atau perintah.
2. Partikel -lah boleh digunakan untuk tujuan melembutkan ayat.
Contoh Ayat Suruhan:
1. Hantar buku itu sebelum pulang.
2. Turunlah dari sana sekarang juga.
3. Cuci kasut kamu.


Ayat Permintaan
1. Ayat ini bertujuan memohon pertolongan dan permintaan.
2. Ia menggunakan perkataan tolong dan minta pada perrmulaan ayat.
Contoh Ayat Permintaan :
1. Tolong bawakan minuman ini ke dapur.
2. Minta hadirin semua bergerak ke bilik jamuan.
3. Tolong jemurkan pakaian itu.


Ayat Larangan
1. Ayat ini bertujuan melarang melakukan sesuatu.
2. Ia menggunakan kata silaan seperti usah, tak usah dan jangan.
3. Partikel -lah boleh digunakan untuk melembutkan ayat.
Contoh Ayat Larangan :
1. Jangan minum air itu.
2. Usahlah menangis lagi.
3. Jangan petik bunga itu.


Ayat Silaan
1. Ayat ini bertujuan mempersilakan atau menjemput seseorang.
2. Ia membangunkan kata silaan seperti sila dan jemput pada permulaan ayat.
3. Partikel -lah boleh digunakan.
Contoh Ayat Silaan :
1. Sila bawa sejadah bila ke surau.
2. Jemputlah menikmati lauk-pauk itu.
3. Datanglah ke rumah saya petang ini.

No comments:

Post a Comment