Sunday 16 December 2012

LATIHAN 3 (PERIBAHASA)




Berikan makna yang betul bagi peribahasa yang diberi di bawah
.
1.  Orang yang kepala batu akan merugikan dirinya sendiri.
  1. tidak mahu mengikut nasihat
  2. tidak mahu bercakap benar
  3. tidak mahu memakai alas kepala
  4. tidak mahu bekerja

2.  Orang kaya itu tidak disukai oleh orang-orang kampung kerana
     dia tangkai jering.
     A.  sombong          B. cerewet       C.   pelokek       D.  boros

3.  Semua murid-murid sangat takut kepada Cikgu Ali kerana dia
    panas darah.
     A.  suka memukul                C.   gemar berleter
     B.  mudah melatah              D.   mudah marah

4.  Perangai anak perempuannya yang kutu embun itu merisaukan
     hati Mak Limah.
A.    pandai mencari helah
B.     suka menghasut
C.     tidak dapat mengenali sesuatu yang buruk ataupun baik
D.    suka keluar hingga larut malam



5. Aminah dimarahi oleh guru kerana tulisannya seperti cakar ayam
  
A.     orang yang tidak tahu menulis dan membaca
B.     tulisan yang buruk dan payah untuk dibaca
C.     tulisan yang halus
D.     orang yang degil

6.  Jamal selalu diejek oleh kawan-kawannya kerana dia tidak tahu
   bermain bola.
     A.  kaki ayam            B.  kaki botol          C.  alas kaki         D.  kaki bangku

7.  Pemuda itu telah dibuang kerja kerana didapati menerima rasuah.
     A.  makan suap         B.  makan hati         C.  makan gaji      D.  gaji buta

8.  Cikgu sayang kepada Salmah kerana dia suka menolong orang.
     A.  ringan tangan    B.  muka tembok   C.  panjang tangan  D.  kera sumbang

9. Kita mesti makan sedikit untuk menghilangkan rasa lapar setiap pagi
      sebelum pergi ke sekolah.
      A.  embun pagi    B.  alas perut      C.  ikat perut     D.  putus rezeki



10.   Osman tidak percaya akan berita itu kerana ia adalah berita yang tidak     
     jelas.
A.     bawah angin  B.  lidah bercabang  C. khabar angina  D. cakap besar

11.  Pemuda itu berasa sungguh gembira kerana telah mendapat
     keuntungan yang tidak disangka-sangka.
     A.  buah hati   B.  buah tangan  C.  bunga dedap  D. durian runtuh

12.  Ibu berpesan kepada kakak supaya tidak membuat kerja
      yang tidak berfaedah.
     A.  makan angkat   B. cangkul angin   C. ringan kepala D. jauh hati

13.  Badan Ali berdaki kerana dia selalu mandi dengan tidak
      bergosok.
     A. mandi peluh  B. mandi kerbau  C.mati katak  D.pembasuh mulut

14.  Kita harus rajin membaca supaya tidak menjadi orang yang
     cetek pengetahuannya.
A.      seperti rusa masuk kampung
B.       seperti rumput di tepi jalan
C.       seperti kera mendapat bunga
D.      seperti katak di bawah tempurung



15.  Sikap Osman yang tidak tahu mengenang budi itu membuat
     dia dibenci oleh kawan-kawannya.
A.      bagai isi dengan kuku
B.       seperti kacang lupakan kulit
C.       seperti api di dalam sekam
D.      bagai kumbang putus tali

16.  Kita tidak harus bersifat ______ apabila menikmati kekayaan.
    A.  hentam-keromo   B.  kacau-bilau   C.  kelam-kabut  D. compang-camping

17.  Fariq telah mengambil keputusan untuk berada di ______
     kerana tidak mahu dikatakan tidak adil.
     A.  makan suap       B.  bintang terang     C. atas angin    D.  atas pagar

18.  Bapa tidak keluar rumah selepas senja kerana dia ______.
     A.  rambang mata  B.  rabun ayam    C.  panjang tangan   D.  kera sumbang

19.  Salina mempunyai ramai kawan kerana dia ______.
     A.  ringan kepala   B.  ringan mulut  C. lidah biawak        D.  lipas kudung

20.  Kita harus menjauhi perbuatan yang buruk kerana ia boleh
     menjadi ______.
     A.  khabar angin   B.  mulut murai   C.  buah mulut         D.  cakap besar


1 comment: