Thursday 6 December 2012

TIPS MENDAPAT MARKAH YANG BAIK DALAM PENULISAN



BAGAIMANA MENDAPAT MARKAH TINGGI (‘A’) ?

1. Baca semua soalan yang diberi

Þ      Fahami arahan kehendak soalan.
Þ      Kenal pasti format yang perlu digunakan.
Þ      Karangan yang tidak terlalu panjang atau pendek mengikut jumlah perkataan yang ditetapkan.

2. Guna isi yang berlainan

Þ      susun isi secara berturutan
Þ      letak isi mengikut perenggan
Þ      memberi huraian yang tepat kepada isi.
Þ      sebaik-baiknya karangan mengandungi nilai-nilai murni.
 
3. penggunaan perkataan yang pelbagai

Þ      ada menggunakan perkataan yang terkini
Þ      elak penggunaan perkataan sama yang berulang / kerap
Þ      penggunaan perkataan teknikal dengan tepat
Þ      elak perkataan dialek atau daerah yang tidak diterima.

4. susun ayat dengan kemas

Þ      elak pengaruh struktur ayat percakapan daerah / dialek
Þ      guna ayat yang pendek tetapi lengkap
Þ      kebolehan menggunakan rangkai kata / ungkapan yang menarik

5. penggunaan tanda baca pada tempat yang betul

Þ      gunakan tanda baca pada tempat yang diperlukan
Þ      gunakan huruf kecil dan huruf besar pada tempatnya.

6. dapat membezakan antara kata depan dan kata imbuhan

Þ      dapat membezakan imbuhan an dan kan
Þ      guna imbuhan yang pelbagai - awalan / akhiran / sisipan / apitan ( sekurang-kurangnya 5 imbuhan yang berbagai jenis )

7. tulis mengikut ejaan yang betul

Þ      elak mengikut sebutan dialek / daerah
Þ      elak menulis huruf yang mengelirukan / cermat dalam bentuk tulisan

Tahukah kamu ?
Hanya terdapat 29 perkataan sahaja menggunakan ejaan yang disatukan.( contoh keretapi, jawatankuasa, dan lain-lain )

No comments:

Post a Comment